A Day In My Life 2022
Salam sejahtera everyone...
Today i nak share to you guys pasal "TIPS UNTUK KITA SENTIASA TENANG BILA DUIT MAKIN SUSUT". Actually kan, i sendiri tengah kusut jugak kadang2 bila overspend, hehehehhh biasala orang perempuan. Lagi2 pada zaman teknologi yang serba canggih ni. Semua yang kita nak, tinggal klik jerrr, semua d hujung jari je sekarang. Bila dh tekan "place order" confident. Bila check account balance ehhh gigit jari lah pulakkkk ahahahahha
Itu semua normal, jangan risau dan jangan korang semua bingung. Sebab tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. terdapat 5 tips yang boleh korang amalkan dalam kehidupan seharian korang;
TIPS 1
Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
TIPS 2
Sekiranya setiap hari kita dah ada duit, simpanlah ke dalam akaun bank tertentu. Lupakan duit simpan tu. Tak payang kira. Just simpan dan tutup mata.
TIPS 3
Bila keluarkan duit daripada dompet, tenangkan fikiran dan senyum. Baca ayat 54 dari surah Sad; "Inna haza larizquna maalahu minnafad", bermaksud 'sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis'.
TIPS 4
Dapat je duit, masukkanlah duit dalam dompet sambil bacakan ucapan Alhamdulillah dan bacalah Al-fatihah. Bersyukur dengan apa yang kita dapat.
TIPS 5
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughi (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari ataupun sebanyak mana yang boleh. Bila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So, itu lah dia tips-tips yang kita mampu kongsikan untuk korang pembaca semua. Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan